Site icon TechNave BM

Jualan 11.11 Digi: Penjimatan 50% untuk Pascabayar, Prabayar dan Jalur Lebar Mudah Alih

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengumumkan jualan 11.11 Digi dengan banyak tawaran nilai wang melalui platform dalam talian Digi. Bermula dari 9 November 2021 hingga 15 November 2021, pelanggan akan diberi ganjaran dengan pelbagai tawaran merentas produk Pascabayar, Prabayar dan Jalur Lebar Mudah Alih dengan penjimatan sehingga 50% atau 50% kuota data tambahan.

Berikut merupakan tawaran menarik yang boleh didapati melalui platform dalam talian Digi:

Bekerja, Bermain dan Belajar dengan SIM Digi Gadget dengan DISKAUN 50%: Pelanggan yang menggunakan pelan Digi Postpaid 60 dan ke atas bagi SIM gajet boleh menikmati 50% dengan membayar hanya RM5/bulan untuk tempoh 12 bulan (Harga Biasa: RM10/bulan). SIM Gajet membantu pelanggan menyambungkan peranti pintar mereka yang lain dan berkongsi kuota Internet daripada talian pascabayar utama mereka. Tawaran ini boleh didapati secara eksklusif melalui Digi Store Online.

Anda boleh ke laman web Digi untuk maklumat lanjut mengenai jualan 11.11 Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version