More

    Jualan 11.11 Digi: Penjimatan 50% untuk Pascabayar, Prabayar dan Jalur Lebar Mudah Alih

    Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengumumkan jualan 11.11 Digi dengan banyak tawaran nilai wang melalui platform dalam talian Digi. Bermula dari 9 November 2021 hingga 15 November 2021, pelanggan akan diberi ganjaran dengan pelbagai tawaran merentas produk Pascabayar, Prabayar dan Jalur Lebar Mudah Alih dengan penjimatan sehingga 50% atau 50% kuota data tambahan.

    Berikut merupakan tawaran menarik yang boleh didapati melalui platform dalam talian Digi:

    • Diskaun 50% untuk Prabayar Super Long Life: Pelanggan Prabayar terpilih Digi boleh mengaktifkan talian prabayar mereka selama 6 bulan dengan hanya RM34 (Harga Biasa: RM68) semasa jualan Digi 11.11. 
    • vivo Y20 (2021) berharga RM99 dengan Pakej PowerJimat Digi: Pakej PowerJimat Digi membolehkan pelanggan menikmati diskaun RM550 dengan membayar hanya RM99 untuk memiliki vivo Y20 (RRP: RM649). Pelanggan juga akan mendapat Internet akses 30GB dengan panggilan tanpa had di Digi Postpaid 60 apabila mereka mendaftar pada hari ini. Tawaran ini tersedia secara eksklusif melalui Digi Store Online.
    • Kekal berhubung dengan 50% internet tambahan dengan Digi Mobile Broadband 105: Pelanggan yang melanggan pelan Digi Broadband 105 semasa jualan 7 hari ini akan mendapat 150GB data mudah alih yang boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja hanya RM105/sebulan untuk 12 bulan. Tawaran ini tersedia untuk semua pendaftaran baharu melalui Digi Store Online manakala pelanggan sedia ada bagi pelan Digi Postpaid 60 dan ke atas, akan menikmati rebat seumur hidup tambahan sebanyak RM10/bulan apabila mereka melanggan pelan ini.

    • Bekerja, Bermain dan Belajar dengan SIM Digi Gadget dengan DISKAUN 50%: Pelanggan yang menggunakan pelan Digi Postpaid 60 dan ke atas bagi SIM gajet boleh menikmati 50% dengan membayar hanya RM5/bulan untuk tempoh 12 bulan (Harga Biasa: RM10/bulan). SIM Gajet membantu pelanggan menyambungkan peranti pintar mereka yang lain dan berkongsi kuota Internet daripada talian pascabayar utama mereka. Tawaran ini boleh didapati secara eksklusif melalui Digi Store Online.

    Anda boleh ke laman web Digi untuk maklumat lanjut mengenai jualan 11.11 Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured