Site icon TechNave BM

Jualan Hari Kekasih HUAWEI: Hingga 46% diskaun untuk produk terpilih sehingga 7 Februari ini

Sempena Hari Kekasih, HUAWEI menawarkan diskaun sehingga RM399 untuk barisan produk terbaharu mereka yang sesuai untuk pasangan anda.

HUAWEI mempromosikan FreeBuds 5i, Watch GT3 SE dan MatePad SE bermula dari 2-7 Februari 2023 pada harga diskaun. FreeBuds 5i boleh didapati di seluruh negara pada harga diskaun RM349 dengan rebat RM50 apabila anda membelinya sebelum 15 Februari 2023.

Promosi Bundle RRPHarga Promosi
*Freebuds 5i + Freebuds 5iRM 798RM 698
GT3 SE + Freebuds 5iRM 1,298RM 999
MatePad SE WIFI 4GB+64GB & Freebuds 5iRM 1,398RM 999

HUAWEI FreeBuds 5i hadir dengan reka bentuk batu kerikil ringkas dengan permukaan bertekstur melalui teknik salutan dakwat. Ia dilengkapi dengan ANC dwi-mikrofon dan teknologi pembatalan hingar hibrid untuk mengesan bunyi luaran dan mengambil bunyi tambahan memberikan kedalaman ANC maksimum sehingga 42dB.  

Hayat baterinya mampu bertahan sehingga 28 jam dengan keupayaan pengecasan pantas untuk menyokong main balik audio selama 4 jam hanya dengan pengecasan selama 15 minit. Anda boleh dapatkan peranti-peranti ini dalam harga promosi di laman web rasmi HUAWEI, kedai dalam talian rasmi HUAWEI di Lazada dan Shopee.

Menjelang tahun 2023, HUAWEI juga telah mengumumkan program pertukaran masuk “Mate” kepada “Mate” iaitu tawaran tukar beli untuk model siri Mate terdahulu dan peranti pintar lain pada nilai tukar beli sehingga RM2,488.

Bukan sahaja terhad kepada peranti siri Mate, pelanggan juga boleh menukar masuk berbilang peranti daripada telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan komputer riba, sehingga maksimum lima peranti dalam satu transaksi untuk setiap pembelian peranti yang layak. 

Ketahui lebih lanjut mengenai promosi ini dan peranti-peranti di atas di laman web rasmi HUAWEIFacebook HUAWEIInstagram atau Twitter. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version