Site icon TechNave BM

Jualan HUAWEI Mate Xs diteruskan pada 20 Mac, akan dihantar terus ke rumah pelanggan

Walaupun dengan penguat kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan wabak COVID-19, HUAWEI Malaysia akan meneruskan jualan telefon pintar lipatnya, Mate Xs, pada 20 Mac.

Selain telefon tersebut, HUAWEI juga memperkenalkan perkhidmatan penghantaran produknya agar pelanggan tidak perlu pergi ke kedai untuk mendapatkan Mate Xs. Semua pesanan telefon tersebut akan dihantar terus ke rumah pelanggan. Jika pelanggan tetap ingin mengambil telefon itu sendiri, mereka boleh pilih lokasi kedai HUAWEI untuk mengambilnya.

HUAWEI juga menjamin bahawa semua penghantarnya akan memakai topeng sepanjang masa untuk menjamin kesihatan para pelanggan. Untuk meyakinkan pelanggan, penghantar akan menghubungi pelanggan sebelum mereka sampai di lokasi penghantaran dan mensanitasi bungkusan produk di hadapan pelanggan sebelum memberinya.

Pembeli Mate Xs juga akan mendapat jaminan penggantian skrin untuk satu kali selama tiga bulan daripada tarikh pembelian, sepasang earphone wayarles HUAWEI Freebuds 3 dan casing sampul kulit (leather). Jika anda berminat untuk mendapatkan telefon ini, boleh membaca laporan kami di sini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan telefon lipat HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version