9 September menandakan Jualan Mengejutkan HONOR 9.9 di mana peminat boleh merebut HONOR Band 6 dengan hanya RM99 selepas potongan harga sebanyak 48% sementara stok masih ada. Pelanggan boleh nikmati Jualan Mengejutkan HONOR 9.9 melalui laman web rasmi HONOR, Lazada HONOR Flagship Stores dan Shopee HONOR Official Store.
Sempena jualan ini, pelanggan boleh dapatkan HONOR MagicBook 15 AMD dengan diskaun sehingga RM700 hanya di Shopee. Ia mempunyai TÜV Rheinland Low Blue Light & TÜV Rheinland Flicker-free Certification dan dilengkapi dengan HONOR SuperCharge 65W yang mengecas komputer riba sehingga 65% dalam masa sejam.
Anda berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM1,026 dengan pembelian produk baharu yang dilancarkan baru-baru ini iaitu HONOR 70, HONOR Pad 8 dan HONOR MagicBook 14 2022.
Pada harga RM2,000, anda akan mendapat telefon pintar HONOR 70 dengan keupayaan fotografi cahaya malap dan lampu latar yang terang bersama sarung HONOR 70 dan waranti lanjutan 1 Tahun.
HONOR Pad 8 pula menawarkan pengalaman sinematik dengan 8 pembesar suara dan paparan 2K HONOR FullView 12 inci. Pelanggan boleh membeli HONOR Pad 8 semasa Jualan Mengejutkan 9.9 sambil membawa pulang penutup flip HONOR Pad 8 secara percuma.
Akhir sekali, HONOR MagicBook 14 2022 bersaiz 14 inci mampu berprestasi dalam kuasa penuh 70W dan disokong dengan kapasiti bateri 75Wj. Ia hadir dengan HONOR SuperCharge 100W di mana pengecasan selama 15 minit mampu bertahan sehingga 3.5 jam penggunaan kerja atau tugasan harian.
Ketahui maklumat lanjut mengenai Jualan Mengejutkan HONOR 9.9 dan peranti lain, di laman web rasmi HONOR atau di halaman Facebook HONOR Malaysia. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

