More

    HONOR 70 dilancar di Malaysia: Skrin OLED 6.67 inci, kamera 54MP dan bateri 4,800mAh berharga RM1,999

    Hari ini, HONOR Malaysia telah mengumumkan kehadiran model terbaharunya HONOR 70 pada jam 8 malam tadi. HONOR 70 membawa slogan “Telefon Pintar Paling Estetik Tahun Ini” disiarkan secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia. Dengan harga RM1,999, anda boleh dapatkan HONOR 70 dengan spesifikasi di bawah.

    HONOR 70 membawa reka bentuk gelas kristal menghasilkan corak seperti bentuk berlian dengan hanya seberat 178g. Selain itu, ia masih mengekalkan kamera dwi bulatan di bahagian belakang yang terdiri dengan sensor super IMX800 54MP, ultra lebar 30MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP manakala kamera hadapan 32MP.

    Peranti ini dapat menghasilkan gambar yang jelas dan terang  dengan gabungan sensor super IMX800 54MP dan HONOR Image Engine Computing Image Platform. Ia membawa saiz sensor 1/1.49 untuk meningkatkan kejelasan dan warna gambar dalam suasana cahaya rendah termasuk cahaya backlit lanskap dan potret, mod malam, potret malam mahupun swafoto HD.

    Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan cipset Snapdragon 778G Plus 5G. Prestasinya turut dibantu oleh bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W di mana kuasa bateri boleh meningkat ke 60% dalam masa 20 minit.

    Ia menawarkan skrin OLED 6.67 inci dengan bentuk Super Dwi-Curved membawa kadar penyegaran semula 120Hz, 1.07 bilion warna dan teknologi peredupan PWM 1920Hz. Peranti ini mempunyai RAM 8GB + ROM 256GB dalam warna Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Ia menggunakan sistem pengendalian Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12 dan sambungan Wi-Fi 6.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas HONOR 70:

    • Cipset Snapdragon 778G Plus
    • Skrin OLED 6.67 inci
    • Kadar penyegaran semula 120Hz
    • RAM 8GB + ROM 256GB
    • Bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W
    • Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12
    • Wi-Fi 6
    • Kamera belakang: Sensor super IMX800 54MP, ultra lebar 30MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP
    • Kamera hadapan 32MP
    • Warna: Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black
    • Harga: RM1,999

    Ketahui lebih lanjut di laman web rasmi HONOR atau langgani laman Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...