Site icon TechNave BM

K-KOMM: Pelajar boleh mohon PerantiSiswa melalui pemimpin tempatan

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata para pelajar yang tidak dapat bantuan PerantiSiswa kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, boleh kemukakan rayuan secara bertulis atau jumpa terus kepada pemimpin tempatan.

Beliau cadangkan langkah sedemikian bagi tujuan pengesahan kerana terdapat beberapa faktor lain yang boleh dipertimbangkan, seperti keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik, jarak yang jauh di antara pusat pengajian dengan rumah serta penglibatan dalam bidang kokurikulum.

Memandangkan pemimpin tempatan tahu lebih banyak mengenai latar belakang keluarga pemohon, beliau boleh bantu pemohon untuk dapatkan bantuan tersebut.

Buat masa ini, sebanyak 40,000 permohonan telah ditolak daripada jumlah keseluruhan permohonan iaitu lebih 470,000 orang.

Selain permohonan secara individu, pihak sekolah seperti pengetua juga boleh membuat rayuan secara bertulis kepada K-KOMM sekiranya terdapat pelajar yang layak menerima bantuan PerantiSiswa namun tidak berjaya dalam permohonannya. Ini adalah kerana pengetua sekolah lebih mengetahui secara langsung mengenai penglibatan aktif para pelajar di sekolah.

Antara syarat pemberian PerantiSiswa adalah:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version