More

    K-KOMM: Pelajar boleh mohon PerantiSiswa melalui pemimpin tempatan

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata para pelajar yang tidak dapat bantuan PerantiSiswa kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, boleh kemukakan rayuan secara bertulis atau jumpa terus kepada pemimpin tempatan.

    Beliau cadangkan langkah sedemikian bagi tujuan pengesahan kerana terdapat beberapa faktor lain yang boleh dipertimbangkan, seperti keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik, jarak yang jauh di antara pusat pengajian dengan rumah serta penglibatan dalam bidang kokurikulum.

    Memandangkan pemimpin tempatan tahu lebih banyak mengenai latar belakang keluarga pemohon, beliau boleh bantu pemohon untuk dapatkan bantuan tersebut.

    Buat masa ini, sebanyak 40,000 permohonan telah ditolak daripada jumlah keseluruhan permohonan iaitu lebih 470,000 orang.

    Selain permohonan secara individu, pihak sekolah seperti pengetua juga boleh membuat rayuan secara bertulis kepada K-KOMM sekiranya terdapat pelajar yang layak menerima bantuan PerantiSiswa namun tidak berjaya dalam permohonannya. Ini adalah kerana pengetua sekolah lebih mengetahui secara langsung mengenai penglibatan aktif para pelajar di sekolah.

    Antara syarat pemberian PerantiSiswa adalah:

    • Warganegara Malaysia dalam kalangan B40 atau pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah
    • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
    • Pelajar Tingkatan Enam di bawah KPM (dua semester)
    • Bukan pelajar tahun akhir pada 2022
    • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
    • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program kerajaan

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured