Site icon TechNave BM

Kebanyakan pelanggan ‘pre-order’ di Malaysia akan mula dapat iPhone 12 pada Disember

Jika anda salah seorang pelanggan yang sudah membuat pra-tempah siri iPhone 12, penghantaran siri iPhone 12 ke lokasi anda mungkin bermula selewat-lewatnya bulan Disember ini. Kebanyakan lokasi dilapor bakal menerima penghantaran bermula lewat bulan November sehingga pertengahan Disember.

Perkara ini dilihat melalui paparan di laman web rasmi Apple Malaysia. Anda boleh memasukkan poskod dan lokasi, paparan jangkaan tarikh penghantaran bakal diperlihatkan. Melalui paparan ini, Apple dilihat akan mula menghantar siri iPhone 12 selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember 2020. Untuk pengetahuan anda, siri iPhone 12 akan mula dijual secara rasmi pada 13 November 2020.

Anda boleh semak tarikh jangkaan penghantaran pada pautan yang kami tanda dengan warna kuning
Masukkan poskod, bandar, negeri dan tekan View Options

Lebih menarik juga, kesemua model tidak memiliki tarikh penghantaran yang sama dan ia juga bergantung pada lokasi anda. Tarikh penghantaran iPhone 12 dan iPhone 12 mini bermula 19 November hingga 23 November (bergantung pada lokasi). Manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max bermula pada 26 November hingga 3 Disember di Kuala Lumpur (bergantung pada lokasi dan negeri).

Apa pun, kami tidak pasti jika pra-tempah di laman web penjual sah lain seperti syarikat telekomunikasi memiliki jangkaan tarikh penghantaran yang sama. Siri iPhone 12 dilihat memiliki permintaan agak tinggi pada tahun ini.

Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak artikel menarik mengenai siri iPhone 12 termasuklah perbandingan pelan pra-tempah siri iPhone 12: Celcom, Digi, U Mobile, Maxis, serendah RM94 sebulan.

Sumber: Apple

Exit mobile version