fbpx
More

    Perbandingan pelan pra-tempah siri iPhone 12: Celcom, Digi, U Mobile, Maxis, serendah RM94 sebulan

    Setelah siri iPhone 12 dilancar, anda pasti sudah mempunyai pelan tersendiri mengikut kewangan anda sama ada ingin mendapatkan siri iPhone 12 secara ansuran, terus membelinya melalui syarikat telekomunikasi atau membelinya melalui laman dan penjual rasmi Apple yang sah. Jika anda ingin membeli siri iPhone 12 secara ansuran atau pembelian terus melalui syarikat telekomunikasi, ini adalah tempat yang betul!

    Kami akan mengulas ringkas tentang perbandingan pra-tempahan siri iPhone 12 di antara Maxis, Digi, Celcom dan U Mobile. Anda boleh menyemak apa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi ini.

    Ad

    Maxis – Ansuran serendah RM110 sebulan, beli serendah RM1,736

    Maxis menawarkan pembelian siri iPhone 12 secara ansuran melalui pakej Zerolution. Pelan Zerolution ini tidak memerlukan kad kredit, tanpa pembayaran pendahuluan (berdasarkan kelayakan tertentu), dan 0% kadar faedah. Maxis menawarkan kesemua model bermula dari harga RM110 sebulan untuk iPhone mini, RM129 sebulan untuk iPhone 12, RM167 sebulan untuk iPhone 12 Pro dan RM182 sebulan untuk iPhone 12 Pro Max.

    Anda boleh melihat keseluruhan harga berdasarkan varian storan untuk pelan ansuran Zerolution dan pembelian kontrak biasa disini.

    Pelan ansuran Zerolution

    Untuk kontrak biasa (pembelian tanpa ansuran) pula, pelanggan Maxis boleh membeli iPhone 12 mini bermula pada RM1,736 sehingga harga tertinggi iPhone 12 Pro Max RM3,895 bergantung kepada varian dan pelan Maxis Postpaid 128/158/118 yang anda pilih. Terdapat penjimatan besar dilihat untuk pelanggan Maxis kerana ia mempunyai harga permulaan terendah untuk pembelian terus siri iPhone 12.

    Ad

    Digi – Ansuran serendah RM98 sebulan dengan perlindungan Digi Shield, iCloud 50GB percuma

    Seperti biasa, telekomunikasi kuning ini menawarkan pelan ansuran Digi PhoneFreedom 365. Harga ansuran bermula pada RM98 sebulan untuk iPhone 12 mini 64GB, RM118 sebulan untuk iPhone 12 64GB, RM158 sebulan untuk iPhone 12 Pro 128GB dan RM173 sebulan untuk iPhone 12 Pro Max 128GB. Namun, perlu diingatkan bahawa permulaan harga yang dinyatakan hanya jika anda melanggan pelan pascabayar Digi Postpaid 190.

    Anda boleh lihat pelan harga ansuran siri iPhone 12 untuk pelan yang lebih rendah seperti Digi Postpaid 120 dan 160 di pautan ini, tetapi harga ansurannya lebih tinggi dari harga permulaan yang dinyatakan.

    Melalui pelan ansuran ini, anda akan mendapat perlindungan percuma Digi Shield seperti baiki telefon percuma. Anda juga tidak perlu membayar bayaran pendahuluan, boleh menaik taraf telefon percuma pada 18 bulan ke atas dan kadar faedah 0%. Lebih menarik, anda akan mendapat akses iCloud 3 bulan percuma!

    Celcom – Ansuran EasyPhone iPhone 12 serendah RM99 sebulan, percuma pengecas

    Seterusnya, pelan dari telekomunikasi biru ini menawarkan sesuatu yang agak berbeza. Anda boleh memilih beberapa pakej ansuran EasyPhone dalam tiga pilihan iaitu mana-mana model siri iPhone12, siri iPhone 12 + Apple Watch SE atau siri iPhone 12 + AirPods Pro. Anda juga boleh membuat pembelian siri iphone 12 bermula pada harga RM1,738, tetapi melalui pilihan pelan Celcom Mega Lightning.

    Untuk ansuran EasyPhone iPhone 12 mini, ianya bermula pada RM110 sebulan, iPhone 12 lebih jimat pada harga bermula RM99 sebulan, iPhone 12 Pro bermula RM129 sebulan dan iPhone 12 Pro Max vermula RM182 sebulan. Lebih menarik, anda boleh mendapat Apple 20W USB-C Power Adapter percuma (stok terhad), akses Apple TV+ percuma setahun dan akses iCloud 50GB percuma selama tiga bulan melalui pra-tempah ini.

    Anda boleh menyemak harga untuk ansuran EasyPhone atau pembelian terus yang berbeza berdasarkan storan dan langganan pelan Celcom Mega Lightning.

    Jika anda sememangnya inginkan seutas Apple Watch SE atau AirPods Pro, sememangnya pelan yang ditawarkan oleh Celcom adalah menjimatkan. Namun, jika anda tidak memerlukannya, anda boleh memilih pakej biasa sahaja.

    U Mobile – Jimat untuk iPhone 12 Pro 128GB, serendah RM151 sebulan

    Untuk pelanggan U Mobile, anda boleh mendapatkan siri iPhone 12 juga dengan ansuran UPackage atau pembelian terus. Jika anda ingin membeli iPhone 12 Pro 128GB, anda bertuah sebagai pelanggan U Mobile kerana ianya boleh dibeli hanya pada harga RM3,419 (harga asal RM4,899) dengan langganan HERO P139. Untuk siri iPhone 12 lain pula, ianya bermula pada harga RM2,059 dengan pelan Unlimited HERO Postpaid.

    Untuk pelan ansuran UPackage pula, iPhone 12 mini bermula pada RM94 sebulan, iPhone 12 bermula pada harga RM113 sebulan, iPhone 12 Pro bermula pada RM151 sebulan dan iPhone 12 Pro Max pada harga RM166 sebulan yang perlu dilanggan bersama pelan Unlimited Hero P99/P139. Jika anda adalah 120 pelanggan pertama, anda akan menerima AirPods percuma yang akan disertakan bersama siri iPhone 12 yang dibeli.

    Anda boleh melihat harga ansuran UPackage atau harga pembelian terus berbeza mengikut storan di pautan ini.

    Kesimpulannya, setiap syarikat telekomunikasi menawarkan pelan menarik untuk pelanggan masing-masing. Terdapat kebaikan dan penjimatan dalam setiap pelan. U Mobile menawarkan ansuran bulanan terendah RM94 sebulan, Celcom menawarkan pakej jimat dengan pengecas dan akses perkhidmatan Apple percuma, Maxis menawarkan harga pembelian terus terendah RM1,736 dan Digi menawarkan bersama Digi Shield termasuklah servis membaiki peranti percuma dan sebagainya.

    Anda boleh menyemak spesifikasi penuh siri iPhone 12 di pautan ini.

    Beritahu kami pandangan anda mengenai perbandingan ini dan maklumkan jika anda ada maklumat tambahan mengenai maklumat pra-tempah ini di laman Facebook kami. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    “Niat puasa Rejab” antara perkara paling dicari dalam Google Malaysia pada Februari 2021

    Google Malaysia telah menyenaraikan sepuluh perkara yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang Februari 2021. Perkara tersebut merangkumi pelbagai topik daripada...

    Volvo ucapkan selamat tinggal pada petrol, beralih ke kereta elektrik sepenuhnya sebelum tahun 2030

    Terbaru, Volvo memberitahu perancangan mereka untuk menghasilkan kereta elektrik sahaja dan berharap untuk mencapai sasaran mereka sebelum tahun 2030. Volvo menyatakan mereka...

    DJI lancarkan dron FPV pertama: Kelajuan 140 km/j, 4K, 60fps berharga RM5,299

    DJI kini telah menembusi pasaran FPV (First Person View) dengan melancarkan dron FPV pertama secara rasmi. DJI FPV sebagai dron dengan motor...

    Telefon lipat Xiaomi mungkin dilancar sebagai Mi MIX 4 Pro dengan rekaan lipatan ke...

    Xiaomi adalah antara syarikat yang dikhabarkan akan melancarkan telefon lipat mereka pada tahun ini. Terbaru, sumber memberitahu telefon lipat Xiaomi ini mungkin...

    Cipset Snapdragon 888 mungkin tidak akan dilengkapi dalam semua Black Shark 4

    Siri telefon pintar gaming Black Shark 4 sebelum ini telah pun mendapat pengiktirafan TENAA di mana reka bentuknya telah ditunjukkan. Kini spesifikasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured