Site icon TechNave BM

Kejohanan PlayStation FIFA 22: Menangi hadiah wang tunai dan TV Bravia 4K Ultra HD 55

Hari ini, Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) mengumumkan bahawa “Kejohanan EA SPORTS FIFA 22 – Menang dengan PlayStation” akan diadakan pada Januari 2022. Anda boleh pilih antara dua kategori iaitu PlayStation 5 (PS5) dan PlayStation 4 (PS4). Anda boleh mula mendaftar bermula pada hari ini sehingga 26 Disember untuk memenangi wang tunai dan hadiah menarik lebih daripada USD 12,000 (~RM50,601).

Mereka turut membawa dua daripada pemain pro EA SPORTS FIFA 22 Asia Tenggara iaitu Ohami (Malaysia) dan CJM (Indonesia) dalam perlawanan pameran peringkat tertinggi yang akan disiarkan secara langsung pada 21 Disember 2021, 9 malam.

Kedua-dua pemain akan memilih salah seorang peminat mereka untuk menentang mereka dalam perlawanan peminat 1v1. Anda boleh menonton strim secara langsung di PlayStation Asia YouTube dan PlayStation Asia Facebook.

Berikut merupakan maklumat kejohanan:

Nama: EA SPORTS FIFA 22 Tournament – Win with PlayStation

Tempoh Pendaftaran: 10 – 26 Disember 2021

Tarikh Kejohanan:

Hadiah:

Anda boleh lawati laman web PlayStation untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version