More

    Kejohanan PlayStation FIFA 22: Menangi hadiah wang tunai dan TV Bravia 4K Ultra HD 55

    Hari ini, Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) mengumumkan bahawa “Kejohanan EA SPORTS FIFA 22 – Menang dengan PlayStation” akan diadakan pada Januari 2022. Anda boleh pilih antara dua kategori iaitu PlayStation 5 (PS5) dan PlayStation 4 (PS4). Anda boleh mula mendaftar bermula pada hari ini sehingga 26 Disember untuk memenangi wang tunai dan hadiah menarik lebih daripada USD 12,000 (~RM50,601).

    Mereka turut membawa dua daripada pemain pro EA SPORTS FIFA 22 Asia Tenggara iaitu Ohami (Malaysia) dan CJM (Indonesia) dalam perlawanan pameran peringkat tertinggi yang akan disiarkan secara langsung pada 21 Disember 2021, 9 malam.

    Kedua-dua pemain akan memilih salah seorang peminat mereka untuk menentang mereka dalam perlawanan peminat 1v1. Anda boleh menonton strim secara langsung di PlayStation Asia YouTube dan PlayStation Asia Facebook.

    Berikut merupakan maklumat kejohanan:

    Nama: EA SPORTS FIFA 22 Tournament – Win with PlayStation

    Tempoh Pendaftaran: 10 – 26 Disember 2021

    Tarikh Kejohanan:

    • Kelayakan untuk PS4: 2 Januari 2022
    • Kelayakan untuk PS5: 15 Januari 2022
    • Perlawanan Akhir: 16 Januari 2022

    Hadiah:

    "
    "
    • Juara: Wang tunai USD500 (~RM2,108) & TV Bravia 4K Ultra HD 55″ XR-55X90J
    • Naib Johan: Wang tunai USD300 (~RM1,265) & Secretlab TITAN Evo 2022 Series Stealth edition
    • Naib Johan Ke-2: Wang tunai USD200 (~RM843) & 1 pasang kasut Adidas X Speedflow+ FG ‘Numbers Up Pack’ + 1 jersi EA SPORTS™ FIFA 22 (edisi Korean Tiger)
    • Tempat Ke-4: Wang tunai USD150 (~RM632) & PULSE 3D  Wireless Headset
    • Tempat ke-5 hingga ke-8: PS Store Gift Card bernilai USD 100 (~RM421)
    • Tempat ke-9 hingga ke-512: PS Store Gift Card bernilai USD 10 (~RM42) (mesti melengkapkan sekurang-kurangnya 1 perlawanan penuh) 

    Anda boleh lawati laman web PlayStation untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...