Site icon TechNave BM

Keluarkan duit dari ASNB secara ‘online’, maksimum RM500 sebulan, ini caranya

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, mungkin terdapat segelintir warga Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan. Bukan sahaja kerajaan, pelbagai organisasi turut tampil menawarkan initiatif bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan pengeluaran KWSP. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini turut tampil memberi pilihan untuk anda mengeluarkan pelaburan ASNB secara dalam talian bermula 20 April 2020.

Untuk makluman anda, pengeluaran ASNB setakat ini hanya terhad melalui portal myASNB sahaja. Perkhidmatan ini bagaimanapun akan tersedia di aplikasi myASNB di telefon pintar anda bermula pada 27 April 2020. Anda boleh mengunjungi pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran ASNB secara dalam talian. Apa pun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu jika anda tidak pernah mendaftar di portal sebelum ini. Cara mendaftar ada di sini.

Langkah-langkah membuat transaksi pengeluaran pelaburan ASNB secara dalam talian adalah seperti gambar-gambar di bawah atau tonton video yang dilampirkan.

Apa pun, kami berharap agar anda menguruskan pelaburan anda dengan bijak dan tidak melulu untuk membuat jualan balik ASNB, mahupun mengeluarkan wang jika tiada keperluan. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ASNB

Exit mobile version