More

    Anda kini boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP sehingga RM500 dan tangguh pembayaran PTPTN

    Terkini, Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Muhyiddin mengumumkan bahawa semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020 ini.

    Kemudahan ini adalah melalui keputusan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Hal ini telah diputuskan melalui mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi yang berlangsung hari ini. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh mengeluarkan amaun dalam Akaun 2 anda secara dalam talian. Anda boleh klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut. Apa pun, kami akan mengemaskini maklumat rasmi terperinci mengenai pengeluaran Akaun 2 ini.

    Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu bimbang kerana kerajaan turut memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini dilaporkan berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 kepada peminjam PTPTN.

    Selain daripada itu, kerajaan turut mengumumkan inisiatif lain seperti menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19.

    Ditambah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta yang disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat dan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu kerajaan negeri menangani krisis COVID-19.

    Dengan kesempatan ini, kami sarankan agar anda mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di dalam rumah bersama keluarga anda. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

    Sumber: NST TV

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured