Site icon TechNave BM

Kemas kini OnePlus 7T Pro dengan OxygenOS 10.0.5 terkini untuk baik pulih sistem dan kamera telefon anda

OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro dilihat kerap muncul di dalam kandungan ulasan pengulas teknologi sebagai salah satu siri peranti terbaik tahun 2019. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dilontarkan oleh pengguna peranti perlu diselesaikan oleh pihak OnePlus. Berasaskan lontaran komen untuk penambaikan, OnePlus telah mengeluarkan kemas kini terbaru OxygenOS 10.0.5 yang boleh dimuat turun sekarang.

Terdahulu, OnePlus 7T mendahului aspek pengemaskinian dengan kemas kini OxygenOS 10.0.7 yang meningkatkan prestasi peranti dan kamera. Peranti OnePlus 7T Pro kini mengikut jejak dengan kemas kini yang memperbaiki isu sekuriti, kualiti gambar dan beberapa isu lain. Menurut Android Police, kemas kini bagi kedua-dua peranti ini agak sama. Senarai di bawah merupakan senarai kemas kini yang dipetik dari laman tersebut.

Senarai kemas kini sistem terkini:

Senarai kemas kini kamera:

Sudahkah anda mengemas kini? Masih terdapat isu atau masalah lain? Tinggalkan komen anda dan nantikan berita kemas kini terkini di TechNaveBM.com.

Sumber

Exit mobile version