More

    Kemas kini OnePlus 7T Pro dengan OxygenOS 10.0.5 terkini untuk baik pulih sistem dan kamera telefon anda

    OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro dilihat kerap muncul di dalam kandungan ulasan pengulas teknologi sebagai salah satu siri peranti terbaik tahun 2019. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dilontarkan oleh pengguna peranti perlu diselesaikan oleh pihak OnePlus. Berasaskan lontaran komen untuk penambaikan, OnePlus telah mengeluarkan kemas kini terbaru OxygenOS 10.0.5 yang boleh dimuat turun sekarang.

    Terdahulu, OnePlus 7T mendahului aspek pengemaskinian dengan kemas kini OxygenOS 10.0.7 yang meningkatkan prestasi peranti dan kamera. Peranti OnePlus 7T Pro kini mengikut jejak dengan kemas kini yang memperbaiki isu sekuriti, kualiti gambar dan beberapa isu lain. Menurut Android Police, kemas kini bagi kedua-dua peranti ini agak sama. Senarai di bawah merupakan senarai kemas kini yang dipetik dari laman tersebut.

    Senarai kemas kini sistem terkini:

    • Kelajuan pelancaran sesetengah aplikasi yang dipertingkatkan
    • Pengoptimuman pengurusan RAM
    • Membaik pulih isu skrin hitam dan putih pada beberapa aplikasi
    • Membaik pulih garisan hitam pada skrin semasa pengecasan
    • Kestabilan sistem dipertingkatkan dan pepijat umum dibaik pulih
    • Kemas kini lompong sekuriti Android kepada 2019.11

    Senarai kemas kini kamera:

    • Kualiti kamera yang dipertingkatkan

    Sudahkah anda mengemas kini? Masih terdapat isu atau masalah lain? Tinggalkan komen anda dan nantikan berita kemas kini terkini di TechNaveBM.com.

    Sumber

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured