Site icon TechNave BM

Kemas kini POCO X3 NFC pertama hadir, sekuriti dan prestasi sistem lebih baik

Jika anda memiliki POCO X3 NFC, anda mungkin perlu menyemak kemas kini yang hadir dan memuat turun kemas kininya. Menurut sumber, kemas kini pertama untuk POCO X3 NFC ini hadir dengan beberapa naik taraf ciri penting.

Antara ciri penting yang diperbaik adalah ciri sekuriti, kestabilan sistem dan pengoptimuman prestasi sistem. Sebelum anda mengemas kini MIUI V12.0.2.0.QJGINXM bersaiz 80MB, seperti biasa anda dinasihatkan untuk melakukan sandaran data (data backup).

Perlu diingatkan juga bahawa kemas kini ini mungkin hadir di peranti POCO X3 NFC secara berperingkat. Jika anda masih belum menerimanya, mohon bersabar. Anda boleh sentiasa memeriksa jika kemas kini telah hadir di Settings/Tetapan.

Semak spesifikasi dan harga POCO X3 NFC di pautan ini!

Sudahkah anda menerima kemas kini ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version