Samsung hari ini melancarkan kempen ‘Samsung x You’ yang objektifnya untuk menyampaikan produk dan pengalaman peribadi terbaik untuk peminat di seluruh rantau Asia Tenggara serta Oceania (SEAO). Kempen ini bertujuan untuk pengguna di SEAO bagi berhubung dengan komuniti yang berkongsi dan memahami perkara yang mereka suka dengan Samsung.
Samsung x You akan dilancarkan secara berperingkat di semua pasaran di rantau Asia Tenggara dan Oceania termasuk Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pengguna boleh mengharapkan satu siri kempen hiperlokal yang terdiri daripada kerjasama dengan artis dan jenama tempatan.
Hiperlokal ialah maklumat yang berorientasikan sekitar komuniti yang jelas dengan fokus utamanya ditujukan kepada perbincangan pengguna dalam komuniti tersebut. Kempen Samsung x You adalah kemuncak usaha Samsung dalam menawarkan produk dan pengalaman yang inovatif serta unik yang meraikan keperibadian mereka.
Pengguna Samsung Galaxy boleh mengekspresikan personaliti serta identiti unik mereka daripada warna kepada aksesori atau skrin penutup kepada antara muka pengguna (UI). Sebagai contoh, terdapat aksesori Studio Bespoke yang membolehkan pengguna campur dan padan (mix and match).
Pelanggan yang membeli Galaxy Z Flip5 di Samsung Experience Stores di The Gardens Mall dari 17 – 19 November 2023 dan Pavilion KL dari 24 – 26 November 2023 boleh menebus aksesori The Breakfast Cafe. Terdapat juga Giveaway Tarikh Brunch di Instagram dari 1 – 15 Nov 2023 yang berpeluang memenangi Bundle Bread, Bundle OATSIDE atau Coffee Bundle.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

