Site icon TechNave BM

Kerajaan akan perkenalkan 5 kaedah pendaftaran vaksin COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengatakan bahawa rakyat Malaysia boleh membuat pendaftaran untuk vaksin COVID-19 bermula 1 Mac ini.

Pendaftaran vaksin COVID-19 boleh dibuat dalam lima cara iaitu menggunakan aplikasi MySejahtera, laman sesawang, panggilan telefon dan mengenal pasti kumpulan sasar.

Beliau turut mengatakan bahawa vaksin Pfizer dan BioNTech akan mula diperoleh oleh kerajaan bermula 21 Februari. Semalam, kerajaan juga telah melancarkan laman web khas untuk Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memudahkan rakyat untuk mendapatkan maklumat tentang vaksin tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version