More

    Kerajaan lancarkan VaksinCOVID.gov.my dan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

    Pagi ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman web rasmi untuk buku panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu www.VaksinCOVID.gov.my. Laman web ini bertujuan membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan pemberian vaksin COVID-19 serta berita terbaru tentangnya.

    Tan Sri Muhyiddin menggalakkan rakyat untuk mengambil vaksin COVID-19 agar kita boleh kembali hidup seperti biasa serta melindungi orang tersayang. Ini adalah selari dengan slogan program imunisasi tersebut iaitu Lindung Diri, Lindung Semua.

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengatakan vaksin pertama akan tiba di Malaysia pada 21 Februari sebanyak 312,390 dos dan ia akan diedarkan kepada rakyat bermula 26 Februari. Tan Sri Muhyiddin bakal menjadi individu pertama dalam negara yang memperolehi vaksin itu bagi membina keyakinan di kalangan rakyat.

    Beritahu kami di Facebook jika laman web ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...