Site icon TechNave BM

Kerajaan tangguh sementara pelaksanaan subsidi bersasar RON95 – Fahmi Fadzil

Kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol RON95 bagi membolehkan mekanisme pelaksanaannya diperhalusi. Menurut Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, penangguhan ini dibuat bagi memastikan dasar tersebut tidak memberi kesan negatif kepada majoriti rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan pendirian sama semasa pemukiman kerajaan bersama Ahli Parlimen bahawa sebarang dasar tidak seharusnya membebankan rakyat. Tambahnya, proses penambahbaikan ini telah menyebabkan sedikit perubahan pada jadual asal pelaksanaan.

Fahmi turut menjelaskan beberapa dasar terdahulu seperti rasionalisasi subsidi diesel dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga melalui semakan semula demi mengurangkan beban pengguna. Justeru, pendekatan sama turut digunakan dalam perancangan subsidi bersasar RON95.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada reformasi fiskal kerajaan bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan golongan berpendapatan tinggi serta syarikat menyumbang lebih adil kepada hasil negara. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version