More

    Pelaksanaan subsidi RON95 melalui MyKad akan dilaksana akhir tahun ini

    Kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan program subsidi petrol RON95 tidak akan menimbulkan kesulitan kepada pengguna khususnya dalam bentuk barisan panjang di stesen minyak. Segala persiapan juga sedang dilakukan bagi memastikan proses penyaluran subsidi melalui sistem pengesahan MyKad berjalan lancar dan efisien.

    Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pendekatan yang digunakan adalah berdasarkan model sedia ada dalam pelaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah berjaya mengesahkan kelayakan lebih 5.4 juta penerima bagi bantuan bersasar seperti SARA.

    Melalui sistem subsidi bersasar ini, pengguna akan hanya perlu mengimbas MyKad ketika mengisi petrol di pam dan subsidi akan dikenakan secara automatik kepada individu yang layak. Bagi mereka yang tidak layak, harga pasaran tanpa subsidi akan dikenakan. Kementerian Kewangan bersama agensi berkaitan kini giat berurusan dengan pengendali stesen minyak bagi memastikan infrastruktur sistem pembayaran dikemas kini mengikut keperluan program.

    Langkah ini juga bertujuan untuk memastikan tiada kesesakan atau kelewatan yang berlaku sewaktu transaksi dilakukan. Program subsidi dijangka bermula pada penggal kedua tahun ini dan kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat. Harga petrol RON95 tanpa subsidi dianggarkan sekitar RM2.58 hingga RM2.59 seliter berbanding harga semasa RM2.05 seliter yang masih ditanggung subsidi.

    Program ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan ketirisan subsidi dan memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Paultan

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...