More

    Proton e.MAS labur lebih RM40 juta bangunkan ekosistem digital EV pertama Malaysia

    PRO-NET menerusi Proton e.MAS mengumumkan pembangunan platform mobiliti berhubung tempatan pertama di Malaysia dengan pelaburan melebihi RM40 juta sebagai sebahagian usaha memperkukuh pembangunan ekosistem EV negara. Ia dibangunkan khusus untuk pasaran tempatan dan menjadi antara komponen utama dalam strategi jangka panjang Proton e.MAS.

    Menurut PRO-NET, platform tersebut kini menyokong lebih 300,000 kenderaan dalam ekosistem Proton selain menjadi platform sambungan kenderaan pertama yang dibangunkan sendiri secara tempatan. Ia menyokong pelbagai fungsi termasuk kawalan jauh kenderaan, infotainmen berhubung, integrasi pengecasan dan akses melalui aplikasi Proton e.MAS.

    Dalam masa sama, Proton e.MAS melokalisasikan beberapa ciri penting termasuk sokongan Bahasa Malaysia, navigasi tempatan, kompas kiblat dan integrasi aplikasi TheNoor. Mereka juga menjadi pengeluar automotif pertama yang mempunyai rantaian bekalan tempatan sepenuhnya bagi perkakasan infotainmen yang dihasilkan di Malaysia.

    Bagi memperluaskan lagi ekosistem EV tempatan, Proton e.MAS bekerjasama dengan beberapa syarikat termasuk TM, Maxis, Celcom, TNG Digital, Maybank dan ChargeSini. Semua data kenderaan juga kini dihoskan secara tempatan melalui pusat data Telekom Malaysia.

    Untuk infrastruktur pengecasan pula, lebih RM4 juta telah dilaburkan bagi pembangunan platform pengecasan tempatan yang kini menyediakan akses kepada lebih 4,300 titik pengecasan di seluruh negara. Jumlah itu mewakili kira-kira 90 peratus rangkaian pengecas awam di Malaysia.

    Setakat ini, platform tersebut telah merekodkan sekitar 30,000 sesi pengecasan dengan hampir 790,000kWh tenaga digunakan. PRO-NET berkata usaha lokalisasi ini penting bagi memastikan pengalaman pemilikan EV lebih relevan untuk pengguna Malaysia selain membantu mempercepat pembangunan ekosistem EV tempatan secara menyeluruh.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured