More

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh bermula RM2,399

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa dalam siri ini ialah Xiaomi 17T Pro yang dijana cip MediaTek Dimensity 9500 bersama RAM 12GB dan storan sehingga 1TB. Xiaomi mendakwa cip tersebut menawarkan prestasi lebih tinggi untuk gaming, fotografi dan tugasan AI generatif.

    Sementara itu, Xiaomi 17T pula menggunakan cip MediaTek Dimensity 8500-Ultra dengan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB. Untuk paparan, Xiaomi 17T dilengkapi skrin AMOLED 6.59 inci 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Xiaomi 17T Pro pula menggunakan panel AMOLED 6.83 inci 1.5K yang menyokong kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak sehingga 3500 nits.

    Xiaomi turut mendakwa siri ini menjadi telefon pertama menerima pensijilan TÜV Rheinland quadruple eye-care. Untuk kamera, kedua-dua model hadir dengan sensor utama 50MP bersama teknologi optik Leica. Xiaomi 17T Pro menggunakan sensor lebih besar bersaiz 1/1.31-inci manakala Xiaomi 17T menggunakan sensor 1/1.55-inci.

    Kedua-duanya dipadankan dengan lensa Leica Summilux dan rekaan optik Leica UltraPure. Selain itu, siri Xiaomi 17T menawarkan kamera telefoto 50MP dengan sokongan zum optikal 5x, zum lossless 10x dan AI Ultra Zoom sehingga 120x. Kamera ultra lebar 12MP serta kamera swafoto 32MP juga disertakan pada kedua-dua model.

    Xiaomi 17T hadir dengan kapasiti 6500mAh bersama pengecasan pantas 67W HyperCharge. Xiaomi 17T Pro pula menawarkan bateri lebih besar 7000mAh dengan sokongan 100W HyperCharge. Di Malaysia, tempahanan siri Xiaomi 17T dibuka bermula hari ini sehingga 11 Jun 2026.

    Berikut ialah harga rasmi:

    Xiaomi 17T

    • 12GB + 256GB – RM2,899
    • 12GB + 512GB – RM3,199
    • 12GB + 1TB – RM3,499

    Xiaomi 17T Pro

    "
    "
    • 12GB + 256GB – RM2,399
    • 12GB + 512GB – RM2,499

    Setiap tempahan didatangkan dengan hadiah percuma REDMI Pad 2 9.7 serta beberapa langganan digital dan perlindungan tambahan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured