More

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia, bermula RM399

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10 Pro dan Xiaomi Buds 6. Pelancaran ini adalah sebahagian langkah Xiaomi memperkukuh ekosistem mereka bawah platform HyperOS 3.

    Paling mencuri perhatian ialah Xiaomi Watch S5 46mm yang tampil dengan rekaan premium menggunakan bingkai keluli tahan karat bersama paparan AMOLED 1.48 inci yang mampu mencapai kecerahan sehingga 2500 nits. Ia turut menawarkan bateri 815mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga 21 hari penggunaan ringan.

    Xiaomi menambah fungsi kesihatan dan sukan dengan lebih 150 mod senaman, sensor degupan jantung baharu serta sistem GNSS dwi-band untuk penjejakan lebih tepat. Menariknya, Xiaomi turut memperkenalkan Passion Mode yang boleh mengesan sorakan pengguna dan menukarkannya kepada data seperti kadar denyutan jantung serta kalori terbakar.

    Bagi pengguna yang mahukan peranti lebih ringan dan murah, Xiaomi Smart Band 10 Pro hadir dengan skrin AMOLED 1.74 inci, rekaan setebal hanya 9.7mm dan bateri yang mampu bertahan sehingga 21 hari. Xiaomi mendakwa ketepatan bacaan degupan jantung kini mencapai 98.2% menerusi algoritma baharu mereka.

    Smart Band 10 Pro juga menyokong sambungan serentak dengan telefon Xiaomi dan iPhone yang membolehkan notifikasi daripada kedua-dua peranti dipaparkan pada satu gelang pintar. Xiaomi juga bekerjasama dengan aplikasi Clue untuk fungsi penjejakan kesihatan wanita.

    Dalam kategori audio pula, Xiaomi Buds 6 diperkenalkan sebagai earbuds semi in-ear premium dengan pemacu dinamik 11mm bersama talaan audio Harman. Ia menyokong aptX Lossless untuk audio resolusi tinggi selain sistem ANC bersama pembatalan hingar AI yang didakwa mampu menapis bunyi sehingga 95dB.

    Satu lagi ciri menarik ialah Xiaomi Buds 6 kini menyokong Apple Find My dan Google Find Hub yang berfungsi untuk mengesan lokasi fon telinga sekiranya hilang. Kesemua produk ini adalah sebahagian daripada strategi ekosistem Xiaomi HyperOS 3 yang menekankan sambungan lancar antara telefon pintar, tablet, audio, boleh pakai dan peranti rumah pintar.

    Berikut ialah harga rasmi di Malaysia:

    "
    "

    • Xiaomi Watch S5 46mm – bermula RM799 (promosi RM659)
    • Xiaomi Smart Band 10 Pro – RM399 (promosi RM289)
    • Xiaomi Buds 6 – RM499 (promosi RM399)

    Kesemua produk kini ditawarkan di kedai rasmi Xiaomi serta platform dalam talian termasuk Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured