Site icon TechNave BM

Kesemua model iPhone 12 melepasi SIRIM, termasuklah pengecas MagSafe

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai iPhone 12 yang dilihat dalam senarai kelulusan SIRIM. Hal ini menandakan bahawa siri iPhone 12 akan dilancar di Malaysia pada bila-bila masa sahaja. Terkini, kesemua model iPhone 12 dilihat dalam senarai SIRIM termasuklah pengecas MagSafe.

Dengan ini, kita pasti boleh menjangkakan tarikh penjualan atau pra-tempah siri iPhone 12 dan MagSafe di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat. Sepintas lalu, siri iPhone 12 terdiri daripada iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

MagSafe ialah pengecasan wayarles yang diperkenal seiring dengan pelancaran siri iPhone 12. Pengecas MagSafe melekap secara magnetik di panel belakang iPhone 12. Pengecas ini turut serasi dengan pengecasan Qi, jadi anda boleh mengecas peranti generasi iPhone 8 ke atas secara wayarles menggunakan MagSafe.

Model iPhone 12 manakah yang anda ingin sambar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Ketahui berita lepas mengenai spesifikasi, bateri, RAM dan harga iPhone 12 di Malaysia!

Sumber: SIRIM

Exit mobile version