Pada 22 Mei, Maybank2u telah mengumumkan mengenai kelulusan Secure2u hanya melalui aplikasi MAE untuk kesemua transaksi MAE dan M2U yang akan bermula mulai 1 Julai 2023. Ini untuk meningkatkan ciri sekuriti bagi melindungi akaun dan wang pengguna selaras dengan misi Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan.
Anda perlu mengaktifkan Secure2u anda dalam aplikasi MAE secepat mungkin kerana ia akan mengambil tempoh pengaktifan 12 jam. Jadi sebarang transaksi yang memerlukan Secure2u tidak dapat dilakukan.
Untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE anda, ikuti langkah di bawah:
- Langkah 1: Muat turun aplikasi MAE di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
- Langkah 2: Lancarkan aplikasi MAE dan klik Secure2u’ di “Quick Actions”
- Langkah 3: Klik “Activate Now” untuk mengaktifkan Secure2u pada MAE.
- Langkah 4: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS
- Langkah 5: Masukkan nombor ID M2U anda
- Langkah 6: Sahkan nama peranti anda dan anda sekarang sudah bersedia!
Untuk keterangan lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi Maybank2u di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

