More

    Kesemua transaksi perbankan Maybank perlu kelulusan Secure2u melalui aplikasi MAE mulai 1 Julai ini

    Pada 22 Mei, Maybank2u telah mengumumkan mengenai kelulusan Secure2u hanya melalui aplikasi MAE untuk kesemua transaksi MAE dan M2U yang akan bermula mulai 1 Julai 2023. Ini untuk meningkatkan ciri sekuriti bagi melindungi akaun dan wang pengguna selaras dengan misi Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan. 

    Anda perlu mengaktifkan Secure2u anda dalam aplikasi MAE secepat mungkin kerana ia akan mengambil tempoh pengaktifan 12 jam. Jadi sebarang transaksi yang memerlukan Secure2u tidak dapat dilakukan. 

    Untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE anda, ikuti langkah di bawah:

    • Langkah 1: Muat turun aplikasi MAE di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
    • Langkah 2: Lancarkan aplikasi MAE dan klik Secure2u’ di “Quick Actions”
    • Langkah 3: Klik “Activate Now” untuk mengaktifkan Secure2u pada MAE.
    • Langkah 4: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS
    • Langkah 5: Masukkan nombor ID M2U anda
    • Langkah 6: Sahkan nama peranti anda dan anda sekarang sudah bersedia!

    Untuk keterangan lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi Maybank2u di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...