Site icon TechNave BM

Kewujudan Samsung Galaxy Z Flip 5G disahkan melalui pengiktirafan dalam talian

XDA Developers melaporkan bahawa Samsung sudah memulakan pembangunan perisian (software development) untuk Galaxy Z Flip 5G yang diberi nama model SM-F707B.

Memandangkan Galaxy Z Flip yang pertama mempunyai nama model SM-F700, mereka mengandaikan SM-F707B adalah pengganti kepada telefon tersebut. Selain itu, nama SM-F sering dikaitkan dengan telefon boleh lipat Samsung seperti Galaxy Fold yang mempunyai nama model SM-F900.

Selain itu, huruf B dalam nama produk Samsung biasanya diletakkan dalam nama produk yang mempunyai sokongan 5G, seperti Galaxy S10 5G yang mempunyai nama model SM-G997B dan Galaxy A90 5G yang mempunyai nama model SM-A908B.

Selain itu, XDA Developers juga telah melihat sebuah pemfailan pengiktirafan oleh Samsung di internet, di mana Samsung ingin mendaftarkan sebuah nama produk SM-F707B untuk Galaxy Z Flip 5G.

Namun, ini masih lagi sebuah spekulasi yang belum disahkan secara rasmi oleh Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version