(Video ‘Unboxing’) Samsung Galaxy Z Flip, telefon boleh lipat dengan paparan Infinity Flex-O hadir di Malaysia

Telefon boleh lipat yang telah lama dinanti-nantikan, Samsung Galaxy Z Flip kini hadir di Malaysia dengan harga RM5,888. Apa yang menariknya, Galaxy Z Flip ini hadir dengan paparan Infinity Flex-O berukuran 6.67 inci yang boleh dilipat separuh, lengkap dengan engsel Flex Mode untuk lipatan pada sebarang sudut.

Sepintas lalu, ia hadir dengan cipset Snapdragon 855+, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Turut hadir adalah tetapan kamera utama dwi-12MP bersama lensa ultralebar dan tetapan kamera selfie 10MP. Ingin tahu apa yang menarik? Jom tonton video kami menyelongkar kotak peranti boleh lipat ini dan apakah pandangan pertama kami mengenainya!

Ad

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk video-video telefon pintar terkini.