Site icon TechNave BM

Khidmat nasihat syariah secara ‘online’ untuk konflik rumah tangga semasa PKP

Terkini, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah melancarkan program konsultasi syariah secara dalam talian (online) untuk kemudahan rakyat yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Langkah ini diwujudkan tidak lain tidak bukan untuk membantu kerajaan membendung penularan COVID-19.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi mahkamah syariah seluruh negara turut diberhentikan buat sementara. Operasi yang diberhentikan ini mungkin memberi kesan kepada yang masih mendapatkan perkhidmatan nasihat syariah atau yang bercadang untuk mendapatkannya dek kerana konflik keluarga seperti perceraian luar mahkamah, sokongan kanak-kanak, faraid dan sebagainya.

Berikutan itu, masyarakat kini boleh mengakses konsultasi secara dalam talian melalui WhatsApp di nombor 011-3701-9155 atau alamat e-mel nasihatguamanpgsm@gmail.com. Untuk nasihat guaman, anda boleh mencari nama peguam syariah yang merupakan ahli PGSM di www.pgsm.org.my. Apa pun, untuk konsultasi selanjutnya bersama peguam, anda akan dirujuk kepada peguam syariah yang berada dalam jarak 10km daripada tempat tinggal anda. Perkhidmatan secara maya ini akan diteruskan walaupun selepas PKP tamat.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version