More

    Khidmat nasihat syariah secara ‘online’ untuk konflik rumah tangga semasa PKP

    Terkini, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah melancarkan program konsultasi syariah secara dalam talian (online) untuk kemudahan rakyat yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Langkah ini diwujudkan tidak lain tidak bukan untuk membantu kerajaan membendung penularan COVID-19.

    Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi mahkamah syariah seluruh negara turut diberhentikan buat sementara. Operasi yang diberhentikan ini mungkin memberi kesan kepada yang masih mendapatkan perkhidmatan nasihat syariah atau yang bercadang untuk mendapatkannya dek kerana konflik keluarga seperti perceraian luar mahkamah, sokongan kanak-kanak, faraid dan sebagainya.

    Berikutan itu, masyarakat kini boleh mengakses konsultasi secara dalam talian melalui WhatsApp di nombor 011-3701-9155 atau alamat e-mel [email protected]. Untuk nasihat guaman, anda boleh mencari nama peguam syariah yang merupakan ahli PGSM di www.pgsm.org.my. Apa pun, untuk konsultasi selanjutnya bersama peguam, anda akan dirujuk kepada peguam syariah yang berada dalam jarak 10km daripada tempat tinggal anda. Perkhidmatan secara maya ini akan diteruskan walaupun selepas PKP tamat.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured