More

    Kaká dilantik sebagai duta global OPPO, nikmati pengalaman peranti OPPO di liga UEFA

    OPPO, rakan kongsi global rasmi Kejohanan Liga UEFA menjadikan pemain bola sepak terkenal, Kaká sebagai duta jenama globalnya. Kaká akan menyertai OPPO di Istanbul untuk bertemu dengan peminat di OPPO Hospitality Tent, Champions Village dan di OPPO Booth, Atatürk Olympic Stadium.

    Tetamu dijemput untuk melakonkan detik-detik inspirasi dari pertandingan Liga Juara-Juara UEFA dahulu dan sekarang dengan pelbagai alat, termasuk replika trofi Kejohanan Liga UEFA, jersi dua pasukan finalis, serta papan mata digital yang diilhamkan oleh skrin penutup OPPO Find N2 Flip.

    Pelbagai peranti seperti OPPO Pad, OPPO Find X6 Pro, fon telinga wayarles Enco X2 dan OPPO Watch 3 Pro memberikan tetamu akses langsung kepada teknologi terkini OPPO. Para tetamu turut berpeluang memenangi bola replika mini final Kejohanan Liga UEFA yang ditandatangani oleh Kaká dalam cabutan bertuah.

    Pameran pengalaman itu juga memberi peluang eksklusif kepada peminat untuk mengambil gambar dengan Kaká menggunakan telefon lipat terbaharu OPPO Find N2 Flip dan OPPO Find X6 Pro. Peminat boleh menggunakan jersi dan selendang dua finalis Kejohanan Liga UEFA 2023, Manchester City dan Inter Milan. Kemudian, gambar akan dicetak untuk disimpan sebagai kenangan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...