More

    OPPO Enco X2 dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles dengan ANC, Hi-Res Audio berharga RM799

    Selain melancarkan telefon pintar andalan OPPO Find X2 Pro 5G, OPPO Malaysia turut melancarkan fon telinga wayarles OPPO Enco X2 True Wireless Earphones yang menampilkan pelbagai fungsi seperti pembatalan hingar aktif (ANC), pengiktirafan Hi-Res Audio Wirless dan banyak lagi.

    Fon telinga ini mempunyai sistem Super Dynamic Balanced Enhanced Engine (SuperDBEE) yang dibangunkan bersama Dynaudio bagi meningkatkan kualiti audio yang dimainkan. Ia turut mempunyai unit bass nipis 0.0095mm, voice coil DCAA 0.033mm dan tweeter yang boleh mencapai jurang frekuensi 40kHz untuk kualiti audio yang jelas.

    Apabila ia dihubungkan dengan telefon pintar Find X5, pengguna boleh dengar audio jelas yang diiktiraf oleh Hi-Res Audio Wireless dan protokol LHDC 4.0. Selain telefon, ia juga boleh dihubungkan dengan jam tangan pintar secara serentak, dan sumber audio akan diutamakan kepada peranti yang memainkan audio.

    ANC dalam fon telinga ini pula boleh mencapai kedalaman 45dB dan jurang 4,000Hz untuk pembatalan bunyi yang lebih efektif. Ia turut mempunyai fungsi Adaptive ANC yang boleh melaraskan tahap ANC secara automatik berdasarkan situasi persekitaran pengguna.

    Daripada segi bateri, ia boleh bertahan sehingga 40 jam apabila digabungkan dengan bateri dalam sarung pengecas. Pengecasan selama lima minit boleh menawarkan penggunaan selama dua jam.

    Ia mempunyai berat 4.7 gram, rating kalis air IP54 dan pilihan warna hitam atau putih. Ia juga mempunyai fungsi rakaman audio binaural recording dengan teknologi Dolby Audio untuk rakaman suara yang jelas.

    OPPO Enco X2 akan dijual di Malaysia pada harga RM799. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut tentang produk ini dan di mana anda boleh membelinya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...