Site icon TechNave BM

Kingston lancarkan pemacu USB baru, kelajuan pantas 200MB/s dan rekaan bergaya bermula RM21

Kingston Technology hari ini melancarkan dua pemacu kilat (flash drive) USB Type-A iaitu DataTraveler Kyson dan DataTraveler Exodia. Kedua-dua pemacu ini mempunyai rekaan ringkas yang tidak mempunyai penutup (cap) berasingan serta gegelung kunci (key loop).

DataTraveler Kyson menampilkan kelajuan pemindahan fail yang tinggi sehingga 200MB/s (megabyte sesaat) untuk bacaan fail dan 60MB/s untuk pemindahan fail. DataTraveler Exodia pula adalah pemacu jenis mampu milik dengan hubungan USB 3.2 Gen 1 yang lebih pantas sebanyak 10x berbanding USB 2.0.

Kedua-dua pemacu terdapat dalam kapasiti 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB. Berikut adalah senarai harga mengikut kapasiti memori:

DataTraveler KysonDataTraveler Exodia
32GBRM34RM21
64GBRM52RM35
128GBRM85RM64
256GBRM185RM180

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli pemacu USB Kingston yang baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version