Site icon TechNave BM

Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada Mei 2024: “Flagship” baru dari HUAWEI dan banyak lagi

Pasaran telefon pintar Malaysia dirancakkan lagi dengan lebih banyak telefon pintar kelas pertengahan pada bulan Mei 204, dengan telefon baharu daripada jenama Infinix, vivo, realme, iQOO, TECNO dan nubia. Malah, kebanyakan telefon yang dilancar pada bulan lalu berlaku pada hari yang sama iaitu 2 Mei 2024!

Satu telefon yang menarik pada bulan lepas adalah siri HUAWEI Pura70, iaitu siri telefon pintar andalan (flagship) baharu oleh HUAWEI. Syarikat teknologi China itu telah menggantikan nama “HUAWEI P” yang digunakan dalam siri telefon andalannya sebelum ini dan akan menggunakan nama “HUAWEI Pura” bermula tahun ini. Seperti HUAWEI P pada tahun-tahun lepas, siri HUAWEI Pura70 mempunyai fungsi fotografi yang mengagumkan.

Untuk mengimbas kembali telefon yang dilancar sepanjang bulan lalu, anda boleh lihat senarai di bawah:

Siri HUAWEI Pura70

Infinix GT 20 Pro

vivo V30e

realme 12x 5G

vivo Y18

iQOO Z9 5G

TECNO POVA 6

nubia Focus Pro 5G

Telefon manakah yang menarik minat anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version