Site icon TechNave BM

Kompilasi pelancaran telefon pintar Mac 2020: 25 peranti dari kelas permulaan hingga ke kelas ‘flagship’

Satu-satunya perkara yang menarik pada bulan Mac 2020 adalah pelancaran telefon pintar yang masih berlangsung seperti yang kita dapat lihat. Bulan Mac sudah meninggalkan kita. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk menelusuri pelancaran-pelancaran yang lepas. Pada pandangan anda, berapakah pelancaran telefon pintar yang telah dibuat? 5 model? Mungkin 10?

Terdapat 25 telefon pintar yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2020! Jumlah yang banyak ini terdiri daripada pelbagai kelas bermula daripada peranti kelas permulaan, kelas pertengahan dan seterusnya kelas flagship. Dalam kompilasi ini, kami telah menyenaraikan 25 peranti yang telah dilancarkan dan maklumat ringkas berkenaannya. Untuk pengetahuan anda, anda boleh klik pada setiap nama telefon pintar di tajuk-tajuk kecil di bawah untuk melihat spesifikasinya!

#1 Huawei Enjoy 10E

Peranti kelas permulaan yang sangat berpatutan dengan spesifikasi yang agak baik, tetapi mungkin tidak akan hadir ke Malaysia.

#2 OPPO Reno 3 Pro

Peranti tahap flagship dengan harga seksi, bernilai untuk dipertimbangkan!

#3 realme C3

Jika anda sedang mencari telefon pintar asas, peranti ini mungkin boleh dipertimbangkan.

#4 Siri Black Shark 3

Peranti yang perlu didapatkan jika anda inginkan telefon pintar gaming yang tidak memerlukan anda pecah tabung.

#5 OPPO A31

Agak berprestasi untuk sesiapa yang inginkan peranti kelas permulaan, dengan harga yang agak tinggi daripada peranti kelas permulaan biasa.

#6 OPPO Find X2 Pro

Reka bentuk, ciri dan perkakas yang menarik – jika gaya adalah pilihan anda, siri Find X2 mungkin bersesuaian dengan anda.

#7 vivo NEX 3S

Pilihan peranti flagship untuk pembenci peranti bertakuk.

#8 vivo V19

Pilihan peranti kelas pertengahan yang agak baik dengan kamera yang baik dan spesifikasi yang ‘OK’.

#9 Samsung Galaxy A01

Telefon untuk atuk nenek di kampung supaya boleh berhubung.

#10 Siri Redmi Note 9 Pro

Kamera fon yang boleh disambar jika anda sedang dalam mod bajet.

#11 Nubia Red Magic 5G

Peranti gaming dengan kipas di dalamnya. Hebat kan?

#12 Wiko View4 Lite

Mampukah peranti RAM 2GB ini beroperasi dengan Android 10?

#13 realme 6i

Peranti kelas permulaan atasan dengan sedikit kuasa lebih untuk menangani aplikasi kegemaran anda.

#14 OPPO A91

Seperti peranti pertengahan di antara kelas permulaan dan kelas pertengahan, sesuai untuk sesiapa yang mempunyai bajet lebih.

#15 Samsung Galaxy M21

Bateri besar dan kamera baik dengan harga berpatutan, menarik!

#16 Nokia 8.3 5G + Nokia 5.3 + Nokia 1.3 + Nokia 5310

Terdapat banyak pilihan termasuklah peranti klasik dengan papan kekunci!

#17 Samsung Galaxy S20 Plus 5G Edisi Olimpik

Olimpik Tokyo masih belum dilangsungkan, apa salahnya mencuba.

#18 Samsung Galaxy M31

Abang kawasan Galaxy M21 dengan prestasi baik.

#19 realme 6

Paparan 90Hz pada telefon pintar kelas permulaan? Tak masuk akal!

#20 Redmi Note 9S

Tengok! Kamera fon dengan harga yang tak koyak!

#21 Siri Redmi K30 Pro

Varian dengan panel belakang lutsinar menarik, tetapi tak pasti jika saya sanggup membayarnya.

#22 Siri Huawei P40

Mungkin kamera fon terbaik yang tersedia setakat ini.

#23 Siri Xiaomi Mi 10

Membawakan sokongan 5G dengan harga lebih rendah kepada anda.

#24 HONOR 30S, HONOR 9A

Kelas pertengahan yang boleh menangani pelbagai fungsi.

#25 Samsung Galaxy M11

Pilihan untuk anda yang inginkan peranti ringkas tanpa perkakas mahal.

Itulah dia 25 telefon pintar yang dikeluarkan pada Mac 2020! Melalui pilihan yang banyak ini, pastinya terdapat beberapa yang menepati citarasa anda. Beritahu kami jika ada peranti yang tertinggal dalam senarai ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini!

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version