More

    Pelancaran Nokia 8.3, 5.3 dan 1.3: SD 765 + 5G + 64MP, SD665 + 4000 mAh, paparan 5.71 inci + Camera Go dan kemas kini Android One

    Melalui siaran langsung dalam talian semalam berikutan Koronavirus, Nokia telah mendedahkan telefon pintar Nokia 8.3 5G, 53 dan 1.3 bersama telefon selular biasa 5310. Sementara Nokia 8.3 menyokong 5G dan menawarkan kamera quad 64MP bersama ZEISS Optics, spesifikasi untuk ketiga-tiga peranti Nokia adalah dalam kelas pertengahan dengan beberapa ciri menarik.

    Ketiga-tiga peranti hadir dengan Android One dan butang Google Assistant, hanya 1.3 yang hadir dengan Camera Go yang mana merupakan versi aplikasi kamera pada Google Pixel yang sedikit diturun taraf. Masih tiada tarikh pelancaran dan harga rasmi di Malaysia, tetapi anggaran harga untuk 8.3 5G adalah 599 Euro (~RM2824), bakal hadir di pasaran pada suku kedua tahun 2020. 53 berharga 189 Euro (~RM891), hadir pada April 2020 dan 1.3 berharga 95 Euro (~RM447), hadir pada awal April 2020. Salah satu daripadanya telah ditayangkan dalam filem James Bond yang seterusnya, No Time to Die.

    Ejen Nomi daripada No Time to Die guna Nokia?

    Nokia 8.3 5G – Peranti kelas pertengahan Nokia 5G

    Hadir dengan hanya satu warna iaitu Polar Night, berat Nokia 8.3 5G ialah 220g dengan ketebalan 8.99mm. Apa pun, kilauan biru yang diinspirasikan daripada teja Utara (Northern light) pada bahagian belakang kelihatan cantik. Ciri yang menonjol termasuklah sambungan 5G, kamera quad utama Pureview (ZEISS Optics, 64MP + 12 MP ultra-lebar + 2MP kedalaman + 2MP makro, dwi-flash tinggi utama CRI). Turut hadir, kamera skrin berlubang 24MP, pengimbang cap jari sisi dan bateri 4500 mAh bersama Android 10 dengan jaminan waranti 2 tahun, serta pelbagai kemas kini tersedia.

    Spesifikasi teknologi lain adalah dalam kelas pertengah dengan cipset Qualcomm Snapdragon 765G, RAM 6GB/8GB, storan 64GB/128GB dan skrin PureDisplay FHD+ 6.81 inci. Mungkin Nokia tidak menyatakan tentang butan Google Assistant, tetapi butangnya hadir pada peranti ini. Masih hadir adalah bicu audio dan slot mikroSD.

    Nokia 8.3 5G

    Nokia 5.3 – Kelas pertengahan dengan bateri besar

    Seperti peranti di atas, Nokia 5.3 hadir dengan berat 185g dan ketebalan 8.5mm, tetapi dengan lebih pilihan warna seperti Charcoal, Cyan dan Sand. Tiada spesifikasi menonjol pada peranti ini kecuali butang Google Assistant dan bateri 4000 mAh yang mampu bertahan sehingga 2 hari.

    Dikuasai Qualcomm Snapdragon 665, RAM 3GB/4GB/6GB, storan 64GB dan paparan HD+ 6.55 inci, kebanyakan spesifikasi teknologi lain adalah spesifikasi teknologi kelas pertengahan yang lebih rendah. Hal ini boleh dilihat pada kamera quad utama 13MP + 5MP ultra-lebar +2MP sensor kedalaman + 2MP makro bersama kamera takuk dewdrop 8MP. Apa pun, sekurang-kurangnya peranti ini mempunyai bicu audio 3.5mm dan sokongan mikroSd sehingga 512GB

    Nokia 5.3

    Nokia 1.3 – Peranti Nokia Android One dengan nilai hebat

    Menjurus kepada pilihan yang lebih mampu milik, Nokia 1.3 kekal tebal seperti yang lain dengan ketebalan 9.35mm dengan pilihan warna sama Charcoal, Cyan dan Sand. Apa yang menonjol di sini adalah penggunaan Camera Go, yang mana adalah versi lebih rendah berbanding aplikasi kamera Google Pixel. Namun, spesifikasi lain anda ciri kelas permulaan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 215, RAM 1Gb, storan 16GB dan bateri 3000 mAh yang boleh ditanggalkan.

    Sekurang-kurangnya, ia memiliki butang Google Assistant dan kamera 8MP dengan pencahayaan rendah AI bersama kamera hadapan 5MP. Paparan HD+ 5.71 inci mempunyai takuk dewdrop. Spesifikasi lain adalan bicu audio 3.5 mm dan slot mikroSD.

    "
    "
    Nokia 1.3

    Satu lagi – Nokia 5310

    Sebagai tambahan, Nokia turut memperkenalkan Nokia 5310 yang menawarkan dua pembesar suara dan paparan dwi-lengkung di hujung, peranti selular biasa (feature phone) yang pertama memilikinya. Ia bakal hadir pada Mac ini dengan harga 39 Euro (~RM183).

    jadi, apa pandangan anda tentang Nokia 8.3 5G, Nokia 5.3, Nokia 1.3 dan Nokia 5310? Oleh kerana harga anggaran adalah dalam mata wang Euro, kami menjangkakan peranti-peranti ini bakal hadir dengan harga yang lebih rendah (mungkin RM200 atau lebih rendah?). Adakah anda akan menyambarnya jika ia berada di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com.

    Nokia 5310
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...