Komputer riba untuk golongan kreatif kelas atasan! – Acer Conceptd 3 Ezel

Dalam video kali ni, kami kongsikan pengalaman selepas menggunakan laptop Acer Conceptd 3 Ezel untuk beberapa minggu. Semestinya laptop ini direka khas untuk golongan kreatif dan ianya hadir dengan pelbagai ciri istimewa yang tiada pada laptop yang lain.

Mengikut Acer Malaysia, komputer riba Acer Conceptd 3 Ezel ini belum lagi dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan harganya belum lagi diumumkan. Namun, jika dilihat pada pasaran di luar negara, Acer Conceptd 3 Ezel ini dijual sekitar harga RM5,000 ke RM6,000.

Mari tonton video ini untuk butiran lebih lanjut mengenai peranti ini. Ikuti kami di YouTube dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk video teknologi terkini.