Site icon TechNave BM

Lagi sumber dakwa takuk iPhone 13 lebih kecil, resolusi kamera lebih mantap

Sudah menjadi seperti tradisi berita mengenai ura-ura spesifikasi muncul dahulu sebelum pelancaran peranti, terutama peranti yang berpengaruh dalam industri telefon pintar. Terkini, terdapat sumber terbaru yang mendedahkan mengenai iPhone 13.

Menurut sumber, sistem Face ID pada generasi iPhone seterusnya akan dinaik taraf dan menyebabkan perubahan pada saiz takuk di skrin. Selain takuk yang lebih kecil, lensa ultra lebar iPhone seterusnya juga dinaik taraf dari 5P kepada 6P.

Selain itu, iPhone 13 varian Pro bakal memiliki sensor imej CMOS yang lebih besar, dengan resolusi kamera yang lebih baik, manakala iPhone 13 varian standard akan memiliki sensor imej yang ada pada iPhone 12 varian Pro kini.

Tambah sumber juga, kesemua model iPhone 13 bakal memiliki ciri penstabilan sama (Sensor-shift OIS) yang ada pada iPhone 12 Pro Max. Apa pun kesemua maklumat ini masih bertahap ura-ura.

Apakah pendapat anda mengenai jangkaan iPhone 13? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version