Site icon TechNave BM

Langganan himpunan perkhidmatan, Apple One bakal ditawarkan di Malaysia serendah RM19.90 sebulan

Pagi tadi, selain dari pelancaran jam tangan pintar dan tablet terbaru dari Apple, Apple juga telah memperkenalkan satu langganan perkhidmatan yang menghimpunkan beberapa perkhidmatan yang telah tersedia dari Apple termasuklah Apple Music, Apple TV Plus, Apple Arcade dan storan iCloud.

Dengan langganan Apple One ini, anda akan mendapat akses untuk menggunakan beberapa perkhidmatan Apple secara serentak dan anda tidak perlu lagi untuk melanggan secara berasingan.

Untuk pasaran Malaysia, terdapat dua jenis himpuanan iaitu persendirian (Individual) dan keluarga (Family). Pilihan persendirian ini akan memberi anda akses untuk Apple Music, Apple TV Plus, Apple Arcade dan 50GB storan iCloud dengan harga RM19.90 sebulan.

Untuk pilihan keluarga pula, anda dan 4 orang yang lain akan mendapat akses ke Apple Music, Apple TV Plus, Apple Arcade dan 200GB storan iCloud dan harganya ialah RM33.90 sebulan.

Apple One ini adalah sangat menarik dan dapat menjimatkan duit anda jika anda adalah pengguna Apple yang melanggan lebih dari satu perkhidmatan Apple.

Apple One ini boleh mula dilanggan pada hujung tahun ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Apple One, sila layari laman web ini.

Andakah anda bakal gunakan Apple One ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version