Site icon TechNave BM

Laporan dedahkan Apple sedang bina dua prototaip telefon boleh lipat

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Apple kini sedang membina dua prototaip iPhone boleh lipat. Ini ialah peranti gaya flip seperti Samsung Galaxy Z Flip5 dan bukan peranti yang lebih besar seperti Samsung Galaxy Z Fold5.

Ini tidak bermakna Apple sudah bersedia untuk mengeluarkan peranti boleh lipat kerana mereka nampaknya hanya bereksperimen dengan faktor bentuk. Telefon ini bukan sebahagian daripada rancangan pengeluaran besar-besaran Apple untuk tahun ini atau 2025 yang mana paling awal kita mungkin melihatnya pada September 2026.

Apple telah memesan komponen daripada salah satu pengeluarnya di Asia untuk iPhone boleh lipat tetapi projek ini masih boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika ia tidak memenuhi piawaian tinggi Apple. Menariknya, Apple mahu telefon itu mempunyai paparan di bahagian luar boleh lipat apabila ia dilipat seperti versi gaya flip HUAWEI Mate Xs 2.

Kemudian pada tahun 2020, Apple menghentikan pembangunan iPhone boleh lipat dan memfokuskan pada iPad boleh lipat yang turut menjadi khabar angin. Dan kini, kedua-dua peranti seolah diusahakan secara serentak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Information

Exit mobile version