Site icon TechNave BM

Lenovo dilaporkan hentikan siri telefon ‘gaming’ Legion

Menurut sumber, Lenovo telah mengesahkan cabang perniagaan elektronik telefon gaming Legion telah ditutup menunjukkan tiada lagi pengeluaran Legion secara rasmi. Jika dilihat balik, jenama ini tidak pernah dikeluarkan secara rasmi di Amerika Syarikat dan hanya terdapat pada beberapa pasaran terpilih di Eropah, Asia dan Amerika Latin.

Bukan itu sahaja, jenama ini juga pernah melancarkan Lenovo Legion Phone Duel 2 di pasaran Malaysia dengan tanda harga serendah RM3,299. Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini telah pun dilancarkan di China dengan nama Lenovo Legion 2 Pro pada bulan April lalu.

Harganya yang mahal dengan pasaran kecil nampaknya telah menyumbang kepada keputusan Lenovo. Dalam satu kenyataan, Lenovo mengatakan bahawa penutupan itu adalah sebahagian daripada “transformasi perniagaan yang lebih luas dan penyatuan portfolio gaming.”

Pada asasnya, Lenovo mungkin perlu mengurangkan kos. Dan malangnya, perniagaan telefon permainan Legionnya mungkin tidak cukup menguntungkan untuk kekal dalam pasaran. Ini mungkin berita baik untuk ASUS kerana kurang persaingan, namun ini bukanlah berita baik untuk peminat Legion.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Android Headlines

Exit mobile version