More

    Lenovo dilaporkan hentikan siri telefon ‘gaming’ Legion

    Menurut sumber, Lenovo telah mengesahkan cabang perniagaan elektronik telefonĀ gamingĀ Legion telah ditutup menunjukkan tiada lagi pengeluaran Legion secara rasmi. Jika dilihat balik, jenama ini tidak pernah dikeluarkan secara rasmi di Amerika Syarikat dan hanya terdapat pada beberapa pasaran terpilih di Eropah, Asia dan Amerika Latin.

    Bukan itu sahaja, jenama ini juga pernah melancarkan Lenovo Legion Phone Duel 2Ā di pasaran Malaysia dengan tanda harga serendah RM3,299. Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini telah pun dilancarkan di China dengan namaĀ Lenovo Legion 2 ProĀ pada bulan April lalu.

    Harganya yang mahal dengan pasaran kecil nampaknya telah menyumbang kepada keputusan Lenovo. Dalam satu kenyataan, Lenovo mengatakan bahawa penutupan itu adalah sebahagian daripada “transformasi perniagaan yang lebih luas dan penyatuan portfolio gaming.”

    Pada asasnya, Lenovo mungkin perlu mengurangkan kos. Dan malangnya, perniagaan telefon permainan Legionnya mungkin tidak cukup menguntungkan untuk kekal dalam pasaran. Ini mungkin berita baik untuk ASUS kerana kurang persaingan, namun ini bukanlah berita baik untuk peminat Legion.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber:  Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured