Site icon TechNave BM

Lenovo Legion 2 Pro akan dilancar pada 8 April

Melalui sebuah kiriman di Weibo, telefon pintar gaming Lenovo Legion 2 Pro kini disahkan bakal dilancar pada 8 April di China. Selain daripada tarikh pelancaran, Lenovo tidak menyenaraikan spesifikasi lain yang akan dilengkapi telefon gaming itu.

Sebelum ini, Lenovo Legion 2 Pro telah dikesan dalam Geekbench di mana ia mungkin akan dilengkapi Snapdragon 888 dan RAM 16GB. Sementara itu, pengiktirafan 3C dari China pula mengatakan telefon dengan nombor model L70081 ini akan menyokong pengecasan pantas 65W.

Satu-satunya spesifikasi Legion 2 Pro yang sudah disahkan adalah kewujudan dua kipas penyejuk dalam telefon tersebut. Berdasarkan poster yang dikongsi oleh Lenovo pada hari ini di mana ia menunjukkan gunung bersalji, Legion 2 Pro mungkin bakal dilengkapi sistem penyejukan yang lebih unik berbanding telefon lain di pasaran.

Sebelum ini, Lenovo Legion Phone Duel merupakan sebuah telefon gaming yang menawarkan sebuah fungsi menarik di mana ia dilengkapi kamera swafoto pop-up yang berada di bahagian sisi telefon untuk kegunaan siaran langsung (live streaming) sewaktu bermain game.

Adakah anda berminat dengan Lenovo Legion 2 Pro? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version