Site icon TechNave BM

Lenovo Legion adalah telefon dengan pengecasan terpantas – buat masa ini

Telefon pintar gaming Lenovo Legion yang akan dilancarkan pada 22 Julai ini bakal menjadi telefon yang mempunyai teknologi pengecasan terpantas dalam dunia, dengan kadar kuasa 90W. Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan telefon itu bakal mempunyai dua port USB Type-C demi mencapai pengecasan tersebut.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa Lenovo Legion tidak akan memegang rekod itu dalam tempoh yang lama kerana pelbagai jenama telefon pintar lain sudah pun dalam perancangan untuk melancarkan teknologi pengecasan yang lebih pantas, sehingga 125W. iQOO sudah pun melancarkan pengecasan 120W, manakala OPPO pula telah memperkenalkan pengecasan 125W. realme pula sudah memberi petunjuk untuk teknologi pengecasan 121W.

Daripada segi spesifikasi dalaman, Lenovo Legion dijangka akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 865 Plus, paparan 144Hz, RAM 16GB dan storan UFS 3.1 512GB. Antara ciri unik telefon tersebut adalah ia akan mempunyai kamera swafoto pop-up yang berada di bahagian sisi telefon.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station Twitter

Exit mobile version