Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Phone Duel dengan Snapdragon 865+, 144Hz, cas pantas 90W tiba di Malaysia Oktober ini

Jika ingatan anda masih segar, Lenovo Legion Phone Duel telah dilancarkan dalam waktu yang sama dengan ASUS ROG Phone 3. Kedua-dua peranti gaming ini memiliki spesifikasi yang menarik sehingga kami perlu memaklumkan mengenai perbezaan utama di antara kedua-dua peranti ini.

ASUS ROG Phone 3 sudah selamat memasuki pasaran Malaysia. Kami sudah pun memaklumkan bahawa Lenovo Legion Phone Duel mungkin tidak memasuki pasaran Malaysia. Namun, nampaknya tekaan kami adalah terlalu awal kerana sebuah kedai gajet di Malaysia mendedahkan maklumat kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia!

Menurut poster yang dimuat naik oleh pengedar gajet tersebut, ia bakal hadir pada Oktober ini. Setakat ini, pihak Lenovo Legion rasmi masih tidak mengeluarkan apa-apa maklumat.

Lihat spesifikasi Lenovo Legion Phone Duel di sini!

Adakah anda akan mendapatkannya jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Tonton video 5 telefon pintar padu yang tidak masuk Malaysia di bawah.

Sumber: DirectD

Exit mobile version