More

    Perbezaan utama antara Lenovo Legion Phone Duel dan ASUS ROG Phone 3 yang anda perlu tahu

    Semalam, dua telefon pintar gaming yang sangat dinanti-nantikan untuk tahun ini telah pun diumumkan, iaitu ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel. Sebagai peranti gaming flagship, kedua-duanya dilengkapi spesifikasi yang terbaik dalam industri namun masih terdapat perbezaan yang agak ketara untuk kedua-dua telefon tersebut.

    Perbezaan ini bukanlah untuk melihat mana satu telefon yang lebih baik, ia hanyalah perbandingan mudah agar anda boleh tentukan peranti mana yang lebih sesuai dengan kehendak anda. Berikut adalah antara perbezaan utama di antara ROG Phone 3 dan Legion Duel:

    Bateri dan pengecasan

    Lenovo Legion Phone Duel mempunyai pengecasan terpantas dalam dunia pada waktu ini.

    ROG Phone 3 dilengkapi dengan bateri besar 6,000mAh dan pengecasan pantas 30W. Walaupun pengecasan itu bolehlah dikatakan biasa pada waktu ini, bateri yang besar itu boleh menjamin penggunaan yang lama walaupun jika anda banyak bermain game pada 144Hz.

    Legion Duel menampilkan bateri dan pengecasan yang lebih menarik. Walaupun ia lebih rendah pada 5,000mAh, ia sebenarnya terdiri daripada dua bateri berkapasiti 2,500mAh dan yang paling mantap adalah ia menyokong pengecasan pantas 90W, pengecasan terpantas dalam dunia pada waktu ini. Lenovo mengatakan bateri tersebut boleh dicas penuh selama 30 minit sahaja.

    Jadi mungkin kedua-dua peranti mempunyai bateri berkapasiti serupa, namun pengecasan Legion Duel jauh mengatasi ROG Phone 3. Akan tetapi, pengecasan Legion Duel akan dipintas tidak lama lagi kerana OPPO dan iQOO sudah pun memperkenalkan teknologi pengecasan lebih 120W namun belum diimplementasi ke dalam mana-mana telefon.

    Kamera swafoto

    Kamera swafoto pop-up di sisi adalah antara daya penarik utama untuk Legion Duel.

    Saya yakin kamera swafoto bukanlah sesuatu yang dinantikan dalam sebuah peranti gaming, namun terdapat ciri yang unik tentang kamera swafoto Legion Duel.

    Kamera swafoto ROG Phone 3 adalah kamera 24MP yang tidak banyak bezanya dengan telefon-telefon lain di luar sana, namun Legion Duel menampilkan kamera selfie pop-up 20MP yang berada di bahagian sisi.

    Ini tentunya adalah ciri yang amat dihargai oleh penyiar (streamer) yang menyiarkan game mereka secara langsung dan ingin memperlihatkan muka mereka dalam siaran tersebut. Malah, memandangkan ia adalah kamera pop-up jadi ia tidak mengganggu imej yang dipaparkan dalam skrin.

    "
    "

    Rakaman video

    Kamera utama ROG Phone 3 boleh merakam video sehingga 8K.

    Kamera utama ROG Phone 3 boleh merakam video dengan resolusi 8K (7680 × 4320) namun Legion Duel hanya boleh merakam sehingga 4K (3840 × 2160).

    Walau bagaimanapun, Legion Duel mengekalkan resolusi 4K untuk rakaman swafoto manakala ROG Phone 3 hanya boleh merakam video 1080p untuk rakaman swafoto. Sekali lagi, ini mungkin untuk tujuan penyiaran dalam Legion Duel yang membolehkan muka pengguna disiar dalam 4K.

    Ini adalah tiga perbezaan utama dalam dua telefon gaming hebat ini. Kami sebenarnya ingin membandingkan harga juga tapi memandangkan harganya untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan, kami tangguhkan dulu perbandingan tersebut. Jika nilai mata wang asing dijadikan kayu ukur, Legion Duel adalah pilihan yang lebih murah. Untuk perbandingan spesifikasi yang lebih mendalam, anda boleh lihat jadual perbandingan di sini.

    Telefon yang manakah menjadi pilihan anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...