Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Y70 dilancar: SD 8+ Gen 1, paparan AMOLED 144Hz dan bateri 5,100mAh bermula ~RM1,953

Akhirnya, Lenovo melancarkan Lenovo Legion Y70 di China menampilkan paparan AMOLED rata 6.67 inci 144Hz. Skrin ini juga mempunyai sokongan untuk HDR10+, Dolby Vision dan kecerahan puncak 1,000 nits. 

Ia membawa cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dengan RAM 8GB, 12GB atau 16GB. Baterinya agak besar berkapasiti 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W. Lenovo telah menambah ruang wap yang besar dan 10 lapisan mekanisme menggunakan peranti dalam jangka masa yang lama. 

Bahagian belakangnya pula mempunyai tri-kamera utama 50MP + 13MP ultra lebar + kedalaman 2MP manakala di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 16MP di dalam potongan lubang tebuk (punch-hole)pada paparan.

Spesifikasi lain termasuk ZUI 14 berdasarkan Android 12 OS, pilihan storan sehingga 512GB, USB-C, dwi-SIM dan tiga varian warna iaitu Ice WhiteFlame Red dan Titanium Grey. Legion Y70 berharga CNY2970 (~RM1,953) untuk model standard 8/128GB, CNY3370 (~RM2,224) untuk 12/256GB dan CNY4270 (~RM2,819) untuk varian 16/512GB.

Buat masa ini, Lenovo masih belum mendedahkan sama ada ia akan dijual secara global ataupun tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version