More

    Lenovo Legion Y70 dilancar: SD 8+ Gen 1, paparan AMOLED 144Hz dan bateri 5,100mAh bermula ~RM1,953

    Akhirnya, Lenovo melancarkan Lenovo Legion Y70 di China menampilkan paparan AMOLED rata 6.67 inci 144Hz. Skrin ini juga mempunyai sokongan untuk HDR10+, Dolby Vision dan kecerahan puncak 1,000 nits. 

    Ia membawa cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dengan RAM 8GB, 12GB atau 16GB. Baterinya agak besar berkapasiti 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W. Lenovo telah menambah ruang wap yang besar dan 10 lapisan mekanisme menggunakan peranti dalam jangka masa yang lama. 

    Bahagian belakangnya pula mempunyai tri-kamera utama 50MP + 13MP ultra lebar + kedalaman 2MP manakala di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 16MP di dalam potongan lubang tebuk (punch-hole)pada paparan.

    Spesifikasi lain termasuk ZUI 14 berdasarkan Android 12 OS, pilihan storan sehingga 512GB, USB-C, dwi-SIM dan tiga varian warna iaitu Ice White, Flame Red dan Titanium Grey. Legion Y70 berharga CNY2970 (~RM1,953) untuk model standard 8/128GB, CNY3370 (~RM2,224) untuk 12/256GB dan CNY4270 (~RM2,819) untuk varian 16/512GB.

    Buat masa ini, Lenovo masih belum mendedahkan sama ada ia akan dijual secara global ataupun tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured